97 peratus dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 2 Dis. – Sebanyak 97 peratus atau 22,698,593 individu dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat ini manakala 98.4 peratus atau 23,034,278  menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 86.2 peratus atau 2,712,550 orang melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 89.8 peratus atau 2,824,704 menerima satu dos suntikan vaksin.

Dalam pada itu, 142,607 dos suntikan vaksin diberikan semalam membabitkan 7,347 suntikan dos lengkap, 4,744 dos pertama dan 130,516 pula suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,671,277 dos.

Jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 2,590,730.

Related posts

Leave a Comment