564 kes harian di Filipina

MANILA 2 DIs. – Jumlah kes harian Covid-19 di Filipina hari ini masih kekal di bawah 1,000 apabila merekodkan 564 kes berbanding 500 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,833,473. Sehingga pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) juga merekodkan 40 kematian dan ini membawa kepada peningkatan jumlah yang meninggal dunia kepada 48,752 orang. Bagaimanapun kes sembuh mengatasi jumlah kes positif dengan merekodkan 694 pesakit pulih menjadikan jumlah keseluruhan 2,769,533 orang telah pulih. Kes aktif pula sebanyak 15,188 menunjukkan sedikit penurunan iaitu berbanding kes yang direkodkan semalam 15,327.

Read More

21 kes baharu, satu kematian di Brunei

BERAKAS 2 Dis. – Brunei Darussalam merekodkan satu kematian dan 21 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 15,132. Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar berkata, kes kematian melibatkan seorang wanita berusia 55 tahun yang mengalami pelbagai masalah kesihatan dan tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan Covid-19. Katanya terdapat tambahan 14 kes baharu pada empat kluster kluster aktif yang sedia ada pada hari ini, yang merupakan kontak-kontak terdekat bersama beberapa kes positif sebelumnya. Tiada kluster baharu direkodkan hari ini manakala tiga kluster ditutup selepas…

Read More

2 diuji awal positif Omicron di Singapura

SINGAPURA 2 Dis. – Dua penumpang yang tiba di Singapura dari Afrika Selatan melalui penerbangan Singapore Airlines semalam  Rabu diuji “awal positif” bagi varian Covid-19 Omicron. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) hari ini, kedua-dua kes diasingkan sejurus tiba di Singapura pada 1 Disember dan tidak berinteraksi dengan masyarakat dan ketika ini tiada bukti penularan dalam masyarakat daripada kes berkenaan. Mereka yang tiba dari Johannesburg menaiki penerbangan SIA SQ479 kini dirawat di wad pengasingan di Pusat bagi Penyakit Berjangkit (NCID). Kedua-duanya sudah lengkap divaksin dan mengalami gejala ringan batuk dan tekak gatal.…

Read More

Lapan kes Omicron di Australia

SYDNEY: Kes positif Covid-19 akibat varian baharu Omicron di Australia meningkat kepada lapan orang termasuk melibatkan New South Wales (NSW), negeri paling ramai penduduk di Australia. Kes ketujuh membabitkan seorang individu yang tiba pada 23 November lalu dari Doha, Qatar. Difahamkan, individu itu tidak pernah berkunjung ke negara selatan Afrika dan dipercayai mungkin dijangkiti virus ketika dalam penerbangan. Kes kelapan pula melibatkan seorang penumpang pesawat  SQ231 dari Singapura yang tiba di sini pada 28 November dan pernah berada di selatan Afrika. Individu berkenaan dikuarantin sejurus ketibaan dan pihak berkuasa kesihatan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan kekal 0.95

PUTRAJAYA 2 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara adalah 0.95 semalam, tiga hari berturut-turut berada pada kadar yang sama. Tiga belas negeri merekodkan kadar yang sama atau melepasi nilai 0.95 didahului Perlis 1.09, diikuti Pulau Pinang dan Labuan (1.03), manakala Melaka dan Kuala Lumpur (1.00) Selangor, Johor, Kedah dan Pahang merekodkan nilai Rt 0.99, diikuti Putrajaya dan Perak (0.98), Kelantan dan Sabah (0.95). Terengganu merekodkan 0.94, Negeri Sembilan 0.93 dan Sarawak 0.77

Read More

Jumlah kes harian meningkat

PUTRAJAYA 2 Dis. – Sebanyak 5,806 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat pukul  12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini, berkata pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini mencecah 2,644,027. Jangkitan baharu yang dilaporkan meningkat daripada 5,439 kes yang direkodkan setakat pukul 12 tengah hari semalam. Daripada kes baharu semalam, sebanyak 5,418 membabitkan penularan tempatan, manakala 21 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Read More

Langkah kawalan, pencegahan Omicron

Berikutan penularan varian baharu Omicron (B.1.1.259) beberapa langkah kawalan dan pencegahan telah diambil termasuk sekatan perjalanan kepada beberapa negara berisiko tinggi. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau perkembangan varian baharu ini dan membuat kemaskini dari semasa ke semasa. Penilaian risiko terhadap negara-negara mengambil kira tiga perkara; 1. Jangkitan tempatan 2. Bilangan kes 3. Liputan vaksinasi

Read More

EU cadang wajibkan vaksin

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) wajar mempertimbangkan untuk mewajibkan suntikan vaksin kepada penduduknya, kata Pesuruhjaya Ursula Von der Leyen, ini susulan penemuan varian baharu Covid-19, Omicron. Katanya, vaksin bakal jadi perkara mendesak dalam usaha memerangi virus yang dilaporkan mudah berjangkit itu. Beliau berpendapat adalah sesuai untuk berbincang mengenai perkara ini ketika ini. “Bagaimana kita boleh menggalakkan pemberian vaksin dan pertimbang untuk mewajibkan vaksin dalam Kesatuan Eropah. “Namun perkara ini masih memerlukan perbincangan, ia memerlukan pendekatan sama, ia sesuatu yang boleh dibincangkan dengan lebih lanjut,” katanya. Negara-negara anggota EU boleh melaksanakan mandat…

Read More

AS kesan kes pertama Omicron

WASHINGTON: Amerika Syarikat mengesan kes pertama varian baharu Covid-19 Omicron, melibatkan individu yang telah lengkap vaksin serta mengunjungi Afrika Selatan pada 22 November lalu dan disahkan positif tujuh hari kemudian. Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat Dr Anthony Fauci berkata, pesakit itu telah menerima vaksin sepenuhnya, namun belum mendapatkan dos penggalak. “Jabatan Kesihatan Awam California dan San Francisco dan CDC telah mengesahkan bahawa kes Covid-19 baru-baru ini dalam kalangan individu di California disebabkan oleh varian Omicron. “Penjujukan genomik telah dijalankan di Universiti California di San Francisco, dan urutan itu telah disahkan…

Read More