SINGAPURA 28 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 1,761 kes baharu Covid-19 di Singapura semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 261,636. Daripada jumlah itu, 1,689 kes dalam masyarakat, sembilan kes import dan 63 kes di asrama pekerja asing. Pada masa yang sama, enam kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari semalam menjadikan 690 orang telah meninggal dunia. Mereka yang meninggal dunia berumur antara 55 – 82 tahun dan kesemua pesakit mengalami pelbagai penyakit sedia ada. Menurut MoH, seramai 1,161 pesakit masih dirawat di hospital di mana 199 memerlukan bantuan oksigen…
Read MoreMonth: November 2021
25.16 juta lengkap vaksinasi
PUTRAJAYA 28 Nov. – Sebanyak 77.1 peratus daripada populasi keseluruhan atau 25.16 juta individu telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19. Berdasarkan data portal COVIDNOW, 79.1 peratus atau 25.82 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Manakala, 22.5 juta individu atau 96.1 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19. Sebanyak 98.4 peratus atau 23 juta daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, seramai 2.66 juta individu atau 84.7 peratus telah melengkapkan dua dos. Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi…
Read MorePelawat dikuarantin 72 jam
KETIKA dunia bimbang dengan varian baharu Covid-19 Omicron, Australia menetapkan semua pelawat lengkap divaksin yang tiba di wilayah New South Wales dan Victoria, perlu menjalani pengasingan kendiri untuk sekurang-kurangnya 72 jam. Menurut Kementerian Kesihatan New South Wales (NSW) peraturan itu berkuat kuasa mulai pukul 12 tengah malam pada 28 November. “Semua pelawat lengkap divaksin yang tiba di NSW yang berada di mana-mana negara lain mesti terus ke kediaman atau penginapan mereka dan lakukan ujian tindak balas rantaian polimeras Covid-19 (swab hidung dan tekak) serta menjalani pengasingan kendiri buat sekurang-kurangnya 72…
Read More40 kematian baharu Covid-19
PUTRAJAYA 28 Nov. – Kementerian Kesihatan melaporkan 40 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 30,280 orang daripada lebih 2.6 juta kes positif yang dikesan. Menurut data di portal COVIDNOW, lapan daripada 40 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 67,252 kes aktif Covid-19 di seluruh…
Read MoreBerita pilihan…
Thailand juga sekat 8 negara
BANGKOK 28 Nov. – Thailand turut melarang kemasukan pengembara dari lapan negara di Afrika mulai Disember ini berikutan penularan jangkitan melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali Omicron. Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong berkata negara terlibat adalah Botswana, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe. Mulai semalam, pengembara dari negara yang terletak di selatan benua Afrika itu tidak akan dibenarkan mendaftar untuk program pelancongan “Thailand Pass”. Bagaimanapun bagi mereka yang sebelum ini telah mendapat kelulusan, wajib menjalani kuarantin selama 14 hari. Selain itu, pengembara lengkap dengan suntikan…
Read MorePerintah darurat New York 3 Dis.
NEW YORK : Bandar New York mengenakan perintah darurat mulai 3 Disember ini berikutan peningkatan kes Covid-19 yang tertinggi sejak dilanda pandemik itu. Gabenornya, Kathy Hochul yang mengisytiharkan perintah itu pada Jumaat, berkata, keputusan itu juga merupakan langkah proaktif sebelum varian Omicron menular di bandar Big Apple itu. Keputusan perintah darurat itu akan diteliti semula pada 15 Januari 2022. Beliau turut mengesahkan bahawa kadar kemasukan pesakit ke hospital di bandar itu akibat Covid-19 juga telah meningkat sejak beberapa bulan lalu dengan 300 individu sehari. Kali terakhir New York dikenakan perintah…
Read MoreMedia Hari Ini 28.11.2021
Kes harian Indonesia 404
JAKARTA 27 Nov. – Sebanyak 404 kes positif harian direkodkan di Indonesia hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,255,672 orang dengan kes aktif pula sebanyak 8,226. Pada masa yang sama 11 lagi kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 143,807 meninggal dunia sejak pandemik bermula. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 4,103,639 orang apabila 260 orang lagi pesakit dilaporkan pulih. Terdapat lima provinsi merekodkan pertambahan pesakit sembuh iaitu Jakarta 86 orang dan kumulatifnya 849,748 diikuti Jawa Tengah 32 (454,729), Jawa Barat 31 (691,903), Yogyakarta 30 (150.921) dan Jawa Timur…
Read MoreMaszlee Malik sertai PKR
KLUANG 27 Nov. – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini pada program Jelajah Presiden yang dihadiri Presiden PKR, Anwar Ibrahim di Dewan JKKK Kampung Baru Machap, di sini. Bekas Menteri Pendidikan itu menyifatkan penyertaan dalam PKR itu ibarat sirih pulang ke gagang apabila mendedahkan pernah didaftarkan sebagai ahli parti itu bagi Cabang Ampang pada 2017. “Sementelahan Keadilan berada dalam situasi dan populariti yang tidak begitu menggalakkan pada waktu ini terutamanya selepas kekalahan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, saya terpanggil melakukan sesuatu untuk…
Read More