Singapura lapor 1,761 kes baharu

SINGAPURA 28 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 1,761 kes baharu Covid-19 di Singapura semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 261,636.

Daripada jumlah itu, 1,689 kes dalam masyarakat, sembilan kes import dan 63 kes di asrama pekerja asing.

Pada masa yang sama, enam kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari semalam menjadikan 690 orang telah meninggal dunia.

Mereka yang meninggal dunia berumur antara 55 – 82 tahun dan kesemua pesakit mengalami pelbagai penyakit sedia ada.

Menurut MoH, seramai 1,161 pesakit masih dirawat di hospital di mana 199 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 21 tidak stabil dan dipantau rapi di ICU dan 58 sakit tenat dan perlu intubasi di ICU.

Seramai 1,897 pesakit dibenarkan pulang dengan 329 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Mengenai vaksinasi, sebanyak 85 peratus penduduk telah lengkap divaksin manakala 86 peratus menerima satu dos dan 25 peratus menerima dos penggalak

Related posts

Leave a Comment