Kes harian Indonesia 404

JAKARTA 27 Nov. – Sebanyak 404 kes positif harian direkodkan di Indonesia hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,255,672 orang dengan kes aktif pula sebanyak 8,226.

Pada masa yang sama 11 lagi kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 143,807 meninggal dunia sejak pandemik bermula.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 4,103,639 orang apabila 260 orang lagi pesakit dilaporkan pulih.

Terdapat lima provinsi merekodkan pertambahan pesakit sembuh iaitu Jakarta 86 orang dan kumulatifnya 849,748 diikuti Jawa Tengah 32 (454,729), Jawa Barat 31 (691,903), Yogyakarta 30 (150.921) dan Jawa Timur 19 (369,424).

Bagi kes positif harian, lima provinsi yang merekodkan angka tertinggi adalah Yogyakarta 68 kes dan kumulatifnya 156,707 kes, diikuti Riau 62 (128,780), Jakarta 54 (863,811), Jawa Tengah 48 (486,297),  dan Jawa Barat 46 (707,674).

Sementara itu Jawa Tengah menambah tiga kematian dan kumulatifnya 30,217, Jawa Timur tiga kes (29,693) dan Bali dua kes (4.043) sementara Jawa Barat, Sulawesi Tengah dan Nusa Tenggara Barat masing-masing merekodkan satu kes.

Sementara itu, bagi program vaksinasi, penerima vaksin dos pertama bertambah sebanyak 614.409 orang menjadikan jumlah keseluruhan 138,119,613 manakala 561,810 orang menerima dos kedua dan kumulatifnya 93,666,839 orang.

Penerima vaksin ketiga pula melebihi 1.2 juta orang atau 1.224.061 orang.

Related posts

Leave a Comment