25.16 juta lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 28 Nov. – Sebanyak 77.1 peratus daripada populasi keseluruhan atau 25.16 juta individu  telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 79.1 peratus atau 25.82 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Manakala, 22.5 juta individu atau 96.1 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sebanyak 98.4 peratus atau 23 juta daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2.66 juta individu atau 84.7 peratus telah melengkapkan dua dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Sebanyak 54,526 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 53.1 juta dos.

Related posts

Leave a Comment