Perintah darurat New York 3 Dis.

NEW YORK : Bandar New York mengenakan perintah darurat mulai 3 Disember ini berikutan peningkatan kes Covid-19 yang tertinggi sejak dilanda pandemik itu.

Gabenornya, Kathy Hochul yang mengisytiharkan perintah itu pada Jumaat, berkata, keputusan itu juga merupakan langkah proaktif sebelum varian Omicron menular di bandar Big Apple itu.

Keputusan perintah darurat itu akan diteliti semula pada 15 Januari 2022.

Beliau turut mengesahkan bahawa kadar kemasukan pesakit ke hospital di bandar itu akibat Covid-19 juga telah meningkat sejak beberapa bulan lalu dengan 300 individu sehari.

Kali terakhir New York dikenakan perintah darurat adalah pada 7 Mac 2020 sebelum ditamatkan pada 24 Jun lalu.

New York secara keseluruhannya merekodkan 8,200 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lepas menjadikan kes keseluruhannya meningkat kepada lebih 2.71 juta.

Manakala jumlah kematian terkini meningkat kepada 56,861 orang,

Related posts

Leave a Comment