Kadar kebolehjangkitan kekal 0.96

PUTRAJAYA 29 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught kekal pada kadar 0.96 semalam sama seperti pada hari sebelumnya.

Hanya satu negeri iaitu Sarawak merekodkan kadar di bawah purata kebangsaan iaitu 0.78 sementara yang lain menyamai atau melepasi 0.96.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan kadar tertinggi iaitu 1.12 diikuti Kedah 1.02, Pahang 1.01, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.00, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.00, Selangor 1.00 dan Perak 0.99.

Lima negeri iaitu Sabah, Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Melaka masing-maaing merekodkan 0.98 manakala Terengganu dan Negeri Sembilan masing-masing merekodkan 0.96.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment