Brunei Darussalam lanjut Operasi Peralihan

BERAKAS 28 Nov. – Brunei Darussalam melanjutkan Operasi Peralihan selama dua minggu lagi iaitu mulai Rabu, 1 Disember 2021 hingga Selasa, 14 Disember 2021, kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dr.Awang Abu Bakar Apong.

Melalui langkah-langkah pengawalan Operasi Peralihan itu, orang ramai dalam tempoh itu diminta untuk berada di rumah atau kediaman masing-masing mulai pukul 10 malam sehingga 4 pagi.

Menurut Dr. Awang Abu Bakar, pelanjutan Operasi Peralihan itu adalah bagi memastikan kebaikan dan kesejahteraan semua pihak terus terjamin.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk mematuhi segala arahan atau peraturan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dalam sama-sama bekerjasama untuk membendung risiko penularan jangkitan Covid-19 di negara ini,” katanya semalam.

Sementara itu, sebagai langkah persediaan bagi menuju ke Fasa Endemik, bermula 1 Disember, individu yang belum melengkapkan vaksinasi mereka dibolehkan untuk kembali bertugas ke pejabat (sektor kerajaan dan swasta).

Bagaimanapun, mereka dikehendaki untuk menjalani Ujian Pantas Antigen (ART) setiap dua hari.

Bagi kakitangan yang telah menerima satu dos vaksin dan sedang menunggu untuk mendapatkan dos kedua atau dikecualikan daripada mendapatkan vaksin Covid-19 disebabkan oleh masalah kesihatan, perbelanjaan ART akan ditanggung oleh majikan masing-masing.

PBagi kakitangan yang tidak mengambil vaksin atas pilihan sendiri atau sebab peribadi (iaitu bukan dikecualikan atas sebab kesihatan), mereka hendaklah menanggung perbelanjaan ART itu.

Related posts

Leave a Comment