975 kes baharu di Filipina

MANILA 25 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 975 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,829,618 kes.

Sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kes sembuh turut menunjukkan peningkatan apabila 1,029 lagi kes pulih direkodkan menjadikan jumlah kesembuhan meningkat kepada 2,763,947 orang.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 193 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 47,875 orang.

Kes aktif pula menunjukkan penurunan kepada 17,796 berbanding 17,864 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment