Penurunan kes harian di Arab Saudi

RIYADH 26 Nov. – Arab Saudi terus merekodkan penurunan kes harian apabila buat pertama kali angka yang direkodkan hari ini di bawah 30 kes iaitu 28 berbanding sebelum ini sekitar 50 kes. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah sebanyak 549,618 kes. Dalam tempoh 24 jam juga, hanya satu kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,829 kematian. Mengenai kes sembuh, sebanyak 38 lagi pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 538,740. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 48 kes dilaporkan…

Read More

Jumlah kes harian Singapura turun

SINGAPURA 25 Nov. – Selepas merekodkan 2,079 kes harian tertinggi dalam tempoh seminggu, Singapura hari ini melaporkan penurunan kes kepada 1,275 dan menjadikan jumlah keseluruhan 258,785 kes. Jumlah kes yang dicatatkan hari ini adalah angka yang terendah sejak 21 September manakala tiga lagi kematian yang direkodkan adalah jumlah terendah sejak 7 Oktober lalu. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 1,228 adalah kes baharu dalam masyarakat, 16 kes import dan 31 kes di asrama pekerja asing Tiga kematian pula melibatkan usia 69 hingga 74 tahun dengan jumlah terkumpul 681 orang meninggal dunia.…

Read More

6,335 kes harian, 37 kematian

BANGKOK 25 Nov. – Sebanyak 6,335 kes baharu Covid-19 dan 37 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 2,088,327 dan 20,581 orang meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah kes hari ini menunjukkan peningkatan berbanding 5,857 semalam manakala jumlah kematian pula berkurangan berbanding 55 kes semalam. Daripada kes baharu yang direkodkan, sebanyak 6,305 kes melibatkan kalangan orang awam termasuk tujuh kes import dan 30 orang banduan. Sejak 1 April, bermulanya gelombang ketiga Covid-19, Thailand merekodkan 2,059,464 kes dan daripada jumlah itu 1,959,663 dilaporkan pulih dan 20,487 meninggal dunia.…

Read More

975 kes baharu di Filipina

MANILA 25 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 975 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,829,618 kes. Sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kes sembuh turut menunjukkan peningkatan apabila 1,029 lagi kes pulih direkodkan menjadikan jumlah kesembuhan meningkat kepada 2,763,947 orang. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 193 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 47,875 orang. Kes aktif pula menunjukkan penurunan kepada 17,796 berbanding 17,864 yang direkodkan semalam.

Read More

Kes jangkitan Malaysia meningkat

PUTRAJAYA 25 Nov. – Kes Covid-19 di negara ini mencatatkan peningkatan dengan merekodkan lebih 6,000 iaitu 6,144 kes setakat pukul 12 tengah hari ini, berbanding 5,755 kes semalam dan 5,594 pada hari sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah individu yang dijangkiti virus berkenaan di seluruh negara melonjak kepada 2,608,979 kes. Katanya, sebanyak 98.4 peratus atau 6,048 kes daripada jangkitan baharu terdiri pesakit kategori satu dan dua, manakala selebihnya iaitu 1.6 peratus atau 96 kes kategori tiga, empat dan lima. Daripada 6,144 kes,…

Read More

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257

KUALA LUMPUR 25 Nov. –  Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257 di Istana Negara. Mesyuarat yang bermula semalam itu dipengerusikan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. Mesyuarat kali ini berlangsung selepas kali terakhir diadakan semasa mesyuarat ke-256 pada 19 dan 20 Februari 2020 yang dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. Turut berangkat ke mesyuarat itu ialah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Nazrin Shah; Sultan Selangor Sultan Sharafuddin…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.99

PUTRAJAYA 24 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught semalam turun kepada 0.99 berbanding 1.00 pada hari sebelumnya. Dua belas negeri mengatasi kadar purata kebangsaan manakala satu negeri iaitu Kelantan menyamai kadar 0.99 dan tiga negeri lagi di bawah purata kebangsaan. Wilayah Persekutuan Labuan mendahului dengan 1.18 diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.12 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.05. Selangor dan Johor masing-masing merekodkan 1.04 diikuti Pahang 1.03, Perak 1.02, Melaka 1.02, Negeri Sembilan 1.01, Kedah 1.01, Sabah 1.01 dan Pulau Pinang 1.00. Sementara itu Terengganu merekodkan 0.98, Perlis 0.96 dan…

Read More

Tanpa vaksinasi dilarang ke restoran

ROM: Mulai 6 Disember, Itali mengenakan larangan beberapa aktiviti kepada invididu yang tidak mengambil vaksin Covid-19 dalam usaha kerajaan membendung peningkatan jangkitan dan mengelakkan penutupan semula sektor ekonomi. Larangan itu termasuk hanya individu yang mempunyai bukti vaksinasi atau pulih daripada Covid-19 dibenarkan makan di restoran tertutup dan menonton wayang atau menyertai acara sukan. Perdana Menteri Mario Draghi berkata,  kerajaan juga mewajibkan vaksinasi untuk penguat kuasa undang-undang, tentera dan semua pekerja sekolah. Langkah itu juga bertujuan mengekalkan keuntungan yang dicapai Itali dalam memulihkan ekonomi ketiga terbesar Kesatuan Eropah (EU). Itali menyaksikan…

Read More

Vaksin cetus ‘keselamatan palsu’ ?

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa peningkatan kes Covid-19 tidak boleh bergantung semata-mata kepada vaksin sahaja. Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata, organisasi itu bimbang vaksin telah menimbulkan “rasa keselamatan palsu bahawa wabak telah berakhir”. Ini termasuk wujudnya tanggapan mereka yang divaksin tidak lagi perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Beliau mengeluarkan amaran itu ketika jangkitan di seluruh Eropah melonjak sebanyak 11 peratus walaupun ada negara yang mencatat kadar vaksinasi yang tinggi. Benua itu satu-satunya wilayah di dunia yang terus catat peningkatan kes COVID-19 sejak pertengahan Oktober. “Jika…

Read More