Rusia 1 juta, India 4.2 juta kes

RUSIA merekodkan satu juta kes jangkitan Covid-19 manakala India  menduduki tempat kedua kes tertinggi mengatasi Brazil sementara Amerika Syarikat (AS) terus mendahului negara-negara lain.

Menurut data Johns Hopkins University, daripada 27,235,839 kes yang dicatatkan setakat pukul 7 pagi ini, AS merekodkan 6,299,169 kes diikuti India 4,204,613, Brazil 4,147,794 dan Rusia 1,027,334.

Daripada 890,687 kematian pula, AS, Brazil dan India juga berada di tiga tempat teratas dengan AS merekodkan 189,166 kematian, Brazil 126,960 dan India 71,642.

Bagi kes sembuh, daripada 18,191,761 kes, Brazil merekodkan 3,539,100 kes sembuh diikuti India 3,250,429 dan AS sebanyak 2,315,995 kes.

Sementara itu, lima negara lagi melebihi 500,000 kes jangkitan iaitu Peru dengan 689,977 kes, Colombia 666,521, Afrika Selatan 639,362, Mexico 634,023 dan Sepanyol 525,549.

Argentina pula merekodkan 478,792 kes dan Chile 424,274.

Iran berada dalam kumpulan negara merekodkan 300,000 kes iaitu 388,810 diikuti Perancis 367,095, United Kingdom 352,450, Bangladesh 327,359 dan Arab Saudi 321,456.

Enam negara merekodkan lebih 200,000 kes iaitu Pakistan 298,903, Turki 281,509, Itali 278,784, Iraq 264,684, Jerman  253,626 dan Filipina 238,727.

Sembilan negara merekodkan lebih 100,000 kes iaitu Indonesia 196,989, Ukraine 141,424, Kanada 134,295, Israel 133,975, Bolivia 120,769, Qatar 120,348, Ecuador 110,092, Kazakhstan 106,361 dan Mesir 100,041.

Bagi kes kematian pula, Mexico merekodkan 67,558 kes diikuti  United Kingdom 41,643, Itali 35,553,  Perancis 30,732, Peru 29,838, Sepanyol  29,516,  Iran 22,410,  Colombia 21,412, Rusia  17,818, Afrika Selatan 15,004, Chile 11,652 dan Ecuador 10,576.

Kes sembuh pula menyaksikan Rusia merekodkan 840,997 kes, Afrika Selatan 566,555, Mexico 524,669, Colombia 518,229, Peru 506,422, Chile 395,717, Argentina 357,388, Iran 335,572, Arab Saudi 297,623, Pakistan 286,016, Turki 252,152.

Jerman 225,704, Bangladesh 224,573, Itali 210,238, Iraq 202,859, Filipina 184,906, Sepanyol 150,376, Indonesia 140,652, Kanada 118,386, Qatar 117,241 dan Israel 105,455.

Related posts

Leave a Comment