Jumlah kes harian Singapura turun

SINGAPURA 25 Nov. – Selepas merekodkan 2,079 kes harian tertinggi dalam tempoh seminggu, Singapura hari ini melaporkan penurunan kes kepada 1,275 dan menjadikan jumlah keseluruhan 258,785 kes.

Jumlah kes yang dicatatkan hari ini adalah angka yang terendah sejak 21 September manakala tiga lagi kematian yang direkodkan adalah jumlah terendah sejak 7 Oktober lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 1,228 adalah kes baharu dalam masyarakat, 16 kes import dan 31 kes di asrama pekerja asing

Tiga kematian pula melibatkan usia 69 hingga 74 tahun dengan jumlah terkumpul 681 orang meninggal dunia.

Kesemua pesakit yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada.

Sementara itu seramai 1,251 pesakit masih dirawat di hospital di mana 206 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 31 pesakit tidak stabil dan dipantau rapi di ICU, 55 sakit tenat dan perlu intubasi di ICU.

Sebanyak 3,223 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan pulang dengan 481 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Mengenai vaksinasi, sebanyak 85 peratus penduduk lengkap dua dos dan 86 peratus mendapat satu dos manakala 24 peratus disuntik dos penggalak

Related posts

Leave a Comment