Penurunan kes harian di Arab Saudi

RIYADH 26 Nov. – Arab Saudi terus merekodkan penurunan kes harian apabila buat pertama kali angka yang direkodkan hari ini di bawah 30 kes iaitu 28 berbanding sebelum ini sekitar 50 kes.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah sebanyak 549,618 kes.

Dalam tempoh 24 jam juga, hanya satu kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,829 kematian.

Mengenai kes sembuh, sebanyak 38 lagi pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 538,740.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 48 kes dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment