Kes jangkitan Malaysia meningkat

PUTRAJAYA 25 Nov. – Kes Covid-19 di negara ini mencatatkan peningkatan dengan merekodkan lebih 6,000 iaitu 6,144 kes setakat pukul 12 tengah hari ini, berbanding 5,755 kes semalam dan 5,594 pada hari sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah individu yang dijangkiti virus berkenaan di seluruh negara melonjak kepada 2,608,979 kes.

Katanya, sebanyak 98.4 peratus atau 6,048 kes daripada jangkitan baharu terdiri pesakit kategori satu dan dua, manakala selebihnya iaitu 1.6 peratus atau 96 kes kategori tiga, empat dan lima.

Daripada 6,144 kes, sejumlah 12 kes adalah kes import membabitkan 11 warganegara dan seorang bukan warganegara.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah 516 kes, manakala 272 kes lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak tujuh kluster baharu dikesan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan yang direkodkan 5,913 kluster dengan 235 kluster masih aktif.

Related posts

Leave a Comment