PERANCIS merekodkan lebih 30,000 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, yang pertama sejak Ogos lalu.
Kadar tinggi ini direkodkan ketika negara berkenaan dalam proses meningkatkan program vaksinasi dan peraturan baharu berkaitan penjarakan fizikal dilaksanakan.
Pada Selasa, sejumlah 30,454 kes baharu direkodkan , menjadikan kes kumulatifnya melebihi 7.45 juta.
Ini merupakan peningkatan perbandingan minggu ke minggu sebanyak 54 peratus yang disifatkan sebagai gelombang kelima buat Perancis.
Minggu lalu, pengawal selia kesihatan Perancis mengumumkan pemberian dos ketiga diperluaskan kepada golongan berusia lebih 40 tahun.
Kerajaan turut mengumumkan pemakaian pelitup muka wajib di semua sekolah.
Sementara itu, bilangan pesakit di unit rawatan rapi meningkat kepada 1,455 berbanding hanya 49 pada Isnin.
