Lima kluster baharu

PUTRAJAYA 2 Nov. – Lima kluster baharu Covid-19 dikenal pasti hari ini, iaitu di Sabah, Labuan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Putrajaya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kluster PTS Tawau melibatkan Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Daerah Tawau  dengan  104 kes dikesan positif, Kluster Tenaga melibatkan subzon Batu Arang di Labuan dengan 57 kes positif.

Kluster Gedong, melibatkan Daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan dan hasil saringan kontak rapat turut mengesan kes di Daerah Petaling di Selangor,  Daerah Johor Bahru di Johor, serta Putrajaya dengan kini, 12 kes dikesan positif.

Bagi Kluster Wisma Saberkas ia melibatkan Daerah Kuching, Sarawak dengan lapan kes dikesan positif, Kluster Seridana melibatkan Putrajaya dengan lima kes dikesan positif dan kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. 

Kluster Sungai yang sebelum ini dikesan di Kedah dan Perlis diisytiharkan tamat hari ini selepas tamat tempoh pemantauan dan tiada kes baharu dikesan selama 28 hari berturut-turut.

Related posts

Leave a Comment