PRN-12 Sarawak 18 Disember

KUCHING 24 Nov – Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak akan diadakan pada 18 Disember depan.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember, manakala pengundian awal diadakan pada 14 Disember.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh mengumumkan tarikh penting PRN-12 itu, selepas mempengerusikan mesyuarat khas di sini hari ini.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 6 Disember, iaitu hari Isnin, sehingga pukul 11.59 malam 17 Disember.

Kos bagi PRN Sarawak ke-12 itu dianggarkan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM150 juta.

Sebanyak 82 pusat penamaan calon dan 82 pusat penjumlahan rasmi undi akan digunakan, dengan 46,565 orang petugas dilantik mengendalikan PRN Sarawak.

Ia termasuk 82 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan dibantu 249 Penolong Pegawai Pengurus.

Jumlah pusat mengundi ialah 1,951 melibatkan 3,666 saluran mengundi.

Bagi memantau semua aktiviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR menubuhkan 155 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).

Pasukan PP-KPR dianggotai oleh wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan dan wakil calon yang bertanding.

 

Related posts

Leave a Comment