SINGAPURA 24 Nov. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Singapura menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 2,079 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 257,510. Angka yang direkodkan hari ini adalah yang tertinggi dalam tempoh seminggu dan berbanding semalam 1,782 kes. Sebanyak 2,030 adalah kes baharu dalam masyarakat, sembilan kes import, dan 40 kes di asrama pekerja manakala enam kes kematian melibatkan individu berusia 60 hingga 83 tahun menjadikan jumlah keseluruhan 678 kematian. Semua enam kematian akibat Covid-19 itu kecuali satu kes yang belum divaksin, dan mengalami pelbagai penyakit sedia ada.…
Read MoreDay: November 24, 2021
Peningkatan kes harian Thailand
BANGKOK 24 Nov. – Kes jangkitan dan kematian harian meningkat sedikit hari ini apabila merekodkan 5,857 kes dan 55 kematian berbanding 5,126 kes dan 53 kematian yang direkodkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,081,992 kes dan 20,544 kematian. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 5,629 adalah kes dalam kalangan orang awam termasuk 11 kes import manakala 228 orang dalam kalangan banduan. Bagi kes kematian pula, mereka yang meninggal dunia berusia antara 42 dan 100 tahun dan 41 orang atau 75 peratus belum divaksin. Bangkok merekodkan 734 kes diikuti Songkhla 426,…
Read More451 kes baharu di Indonesia
JAKARTA 24 Nov. – Sebanyak 451 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Indonesia setakat ini 4,254,443 dengan jumlah kes aktif 7,977. Kes sembuh harian pula sebanyak 377 menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 4,102,700 orang manakala jumlah kumulatif meninggal dunia pula 143,766 orang termasuk 13 kematian yang dilaporkan hari ini. Terdapat lima provinsi menambah jumlah pesakit sembuh harian tertinggi iaitu Jakarta 105 orang dan kumulatifnya 849,565, diikuti Jawa Barat 79 (691,791), Yogyakarta 33 (150,854), Jawa Timur 29 (369,348) serta Jawa Tengah 25 (454,613). Sementara…
Read MoreNew Zealand tutup 5 bulan lagi
WELLINGTON 24 Nov. – New Zealand akan menutup sempadannya selama lima bulan lagi kepada sebahagian besar pelawat antarabangsa. Ini menunjukkan negara itu menggariskan pelonggaran kawalan sempadan secara berhati-hati yang sudah dilaksanakannya sejak Covid-19 melanda pada Mac 2020. Mulai 30 April lalu, para pelawat antarabangsa yang lengkap divaksin dibenarkan memasuki negara itu dengan pembukaan semula dijalankan secara berperingkat. Warga New Zealand yang lengkap divaksin dan para pemegang visa dari Australia boleh melakukan perjalanan ke New Zealand mulai 16 Januari. Bagi warga New Zealand dan pemegang visa dari sebahagian besar negara lain…
Read MoreSingapura – Malaysia lancar VTL 29 Nov.
SINGAPURA 24 Nov. – Singapura dan Malaysia akan melancarkan laluan darat skim Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) mulai Isnin depan, 29 November. Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini, di bawah fasa pertama VTL darat, para pelawat perlu menaiki bas VTL yang ditetapkan. Selain itu, hanya pelawat yang merupakan rakyat, penduduk tetap atau pemegang pas jangka panjang setiap negara, yang dibenarkan bagi skim VTL darat tersebut. Ini untuk memberi keutamaan kepada mereka yang bekerja di Singapura atau Malaysia untuk bertemu dengan keluarga. Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata, pelancaran VTL…
Read MoreMaro … Marsyal
KOSMORAMA Didiklah anak jadi MARHAEN Jangan jadi MARSYAL.
Read More890 kes baharu di Filipina
MANILA 24 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 890 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,828,660. Menurut DoH, setakat pukul 4 petang, terdapat 1,710 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,763,114 kes pulih. Jumlah kematian juga menunjukkan peningkatan dengan 47,682 kes termasuk 200 kematian yang direkodkan hari ini. Sementara itu, kes aktif yang direkodkan hari ini adalah 17,864 berkurangan sedikit berbanding 18,721 yang direkodkan semalam.
Read MoreKes baharu harian meningkat
PUTRAJAYA 24 Nov. – Sebanyak 5,755 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan itu menjadikan jumlah individu yang dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 2,602,835 kes. Angka hari ini menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 5,594 kes dilaporkan semalam.
Read MoreCadang solat jemaah tanpa penjarakan
ISKANDAR PUTERI 24 Nov. – Kerajaan Johor akan membentangkan cadangan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi membolehkan solat jemaah di masjid dan surau negeri ini dilakukan tanpa penjarakan fizikal. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi, berkata satu kertas cadangan akan disediakan untuk dipersembahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bagi mendapatkan perkenan baginda. Katanya, beliau akan mempengerusikan mesyuarat bersama Jawatankuasa Dakwah Negeri Johor dan Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Johor, minggu depan bagi melengkapkan kertas cadangan itu. Kertas cadangan itu kemudiannya akan dipersembahkan kepada Sultan Johor,…
Read MoreGPS umum calon PRN 4 Disember
MIRI 24 Nov. – Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengumumkan senarai nama setiap calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada Sabtu, 4 Disember depan. Pengerusinya, Abang Johari Tun Openg berkata GPS telah bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan PRN yang akan berlangsung pada 18 Disember 2021 sesuai dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kita mungkin akan mengumumkan senarai nama semua calon kita secara langsung sebelum hari penamaan calon iaitu pada 4 Disember nanti. Katanya, GPS sememangnya sudah bersedia dan sudah menjangkakan bahawa pilihan raya akan diadakan…
Read More