Peningkatan kes harian Thailand

BANGKOK 24 Nov. – Kes jangkitan dan kematian harian meningkat sedikit hari ini apabila merekodkan 5,857 kes dan 55 kematian berbanding 5,126 kes dan 53 kematian yang direkodkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,081,992 kes dan 20,544 kematian.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 5,629 adalah kes dalam kalangan orang awam termasuk 11 kes import manakala 228 orang dalam kalangan banduan.

Bagi kes kematian pula, mereka yang meninggal dunia berusia antara 42 dan 100 tahun dan 41 orang atau 75 peratus belum divaksin.

Bangkok merekodkan 734 kes diikuti Songkhla 426, Nakhon Si Thammarat 290, Chiang Mai 245, Surat Thani 237, Samut Prakan 235, Chon Buri 205, Pattani 177, Yala 140 dan Trang 129.

Beberapa wilayah menunjukkan kes harian tertinggi termasuk Songkhla, Trang, Surat Thani, Krabi, Nakhon Si Thammarat, Khon Kaen, Sa Kaeo dan Nakhon Ratchasima yang merekodkan 100 kes atau lebih sehari.

Begitu juga Saraburi, Ubon Ratchathani, Udon Thani, Kanchanaburi dan Prachuap Khiri Khan yang mencatatkan 80-100 kes baharu sehari.

Sebelas kes import pula adalah dari Austria (2), Jerman(1), Rusia (1), Laos (1), Singapura  (1), Perancis (1), Malaysia (3) dan Netherlands (1).

Semalam, sebanyak 7,318 pesakit Covid-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 1,979,871 pulih.

Related posts

Leave a Comment