Kes jangkitan harian Singapura naik

SINGAPURA 24 Nov. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Singapura menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 2,079 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 257,510.

Angka yang direkodkan hari ini adalah yang tertinggi dalam tempoh seminggu dan berbanding semalam 1,782 kes.

Sebanyak 2,030 adalah kes baharu dalam masyarakat, sembilan kes import, dan 40 kes di asrama pekerja manakala enam kes kematian melibatkan individu berusia 60 hingga 83 tahun menjadikan jumlah keseluruhan 678 kematian.

Semua enam kematian akibat Covid-19 itu kecuali satu kes yang belum divaksin, dan mengalami pelbagai penyakit sedia ada.

Sementara itu seramai 1,365 pesakit masih dirawat di hospital di mana 203 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 34 tidak stabil dan dipantau rapi di ICU dan 59 kes sakit tenat dan perlu intubasi di ICU.

Seramai 2,275 pesakit dibenarkan pulang dengan 366 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Bagi program vaksinasi, sebanyak 85 peratus penduduk lengkap vaksinasi dua dos manakala 86 peratus menerima satu dos.

Related posts

Leave a Comment