451 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 24 Nov. – Sebanyak 451 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Indonesia setakat ini 4,254,443 dengan jumlah kes aktif 7,977.

Kes sembuh harian pula sebanyak 377 menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih  meningkat kepada 4,102,700 orang manakala jumlah kumulatif meninggal dunia pula

143,766 orang termasuk 13 kematian yang dilaporkan hari ini.

Terdapat lima provinsi menambah jumlah pesakit sembuh harian tertinggi iaitu Jakarta 105 orang dan kumulatifnya 849,565, diikuti Jawa Barat 79 (691,791), Yogyakarta 33 (150,854), Jawa Timur 29 (369,348) serta Jawa Tengah 25 (454,613).

Sementara itu Jawa Barat menambah 85 kes positif dan kumulatifnya 707.488, diikuti Jakarta 82 (863.633) Jawa Tengah 53 (486,161), Jawa Timur  36 (399.226), Yogyakarta 35 (156.527).

Bagi kes kematian terdapat sembilan provinsi yang menambah kes termasuk Jawa Tengah (2) kumulatifnya 30.203 kes, Jawa Barat (2) kumulatif 14.731 kes, Nusa Tenggara Timur (2) kumulatif 1.340 kes serta  Lampung ( 2) kumulatif 3.845 kasus.

Sementara itu bagi program vaksinasi, jumlah penerima dos pertama bertambah sebanyak 663,785 menjadikan jumlah keseluruhan 136 juta  manakala penerima vaksinasi kedua bertambah 987,204 menjadikan jumlah keseluruhan lebih 91 juta.

Related posts

Leave a Comment