PRN: Anwar pikul tanggungjawab

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, mengakui beliau memikul tanggungjawab atas prestasi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu. Presiden PKR itu berkata beliau dan PH akan mengambil kira semua pandangan yang dilontarkan, termasuk kritikan mengenai silap percaturan dengan keputusan mengambil dua bekas ADUN Barisan Nasional (BN) bagi mewakili PH, selain desakan supaya beliau berundur daripada memimpin pembangkang. “Saya kena pikul tanggungjawab, saya tidak dapat nafikan tapi orang bila buat begitu (kritikan mengenai pengambilan dua ADUN, dia tidak cerita sepenuhnya,” katanya selepas melancarkan…

Read More

1,782 kes baharu Singapura

SINGAPURA 23 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 1,782 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini dengan lima pesakit meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan  Covid-19. Sebanyak 1,754 kes dalam masyarakat, tujuh kes import dan 21 kes di asrama pekerja asing menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 255,431. Bagi kes kematian pula, lima orang yang meninggal dunia berusia antara 62 dan 92 tahun menjadikan jumlah keseluruhan 672 orang meninggal dunia. Semua yang meninggal dunia kecuali satu kes yang belum divaksin, mengalami pelbagai penyakit sedia ada. Seramai 1,389 pesakit masih…

Read More

5,126 kes baharu di Thailand

BANGKOK 23 Nov. – Thailand merekodkan 5,126 kes baharu Covid-19 dan 53 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 2,076,135 kes dan 20,489 kematian. Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 5,022 kes melibatkan orang awam termasuk lapan kes import dan 104 dalam kalangan banduan. Bangkok merekodkan 765 kes baharu diikuti Songkhla 456, Nakhon Si Thammarat 330, Surat Thani 266, Chiang Mai 197, Pattani 158, Chon Buri 147, Trang 128 dan Samut Prakan masong-masing 28 dan Ubon Ratchathani 115. Lapan kes import pula adalah dari Sweden (1), Amerika Syarikat…

Read More

Filipina lapor 1,153 kes baharu

MANILA 23 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,153 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,827,820. Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan peningkatan kes kematian kepada 47,482 orang selepas 195 lagi disahkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19. Pada masa yang sama, sebanyak 2,182 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,761,617 atau 97.7 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu jumlah kes aktif berkurangan dengan merekodkan 18,721 berbanding 19,798 yang direkodkan semalam.

Read More

Kes harian Malaysia meningkat

PUTRAJAYA 23 Nov. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini hari ini melepasi angka 5,000 apabila  5,594 kes dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini berbanding 4,885 yang direkodkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan seramai 2,597,080 individu dijangkiti virus berkenaan setakat ini. Sebelum ini, pada 21 November, jumlah kes jangkitan yang direkodkan adalah 4,854 berbanding pada hari sebelumnya yang merekodkan 5,859 kes.

Read More

23,163 laporan kesan sampingan vaksin

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Dewan Rakyat hari ini diberitahu sebanyak 23,163 laporan kes kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) vaksin dilaporkan berbanding 51,842,386 dos vaksin Covid-19 yang diberikan kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 535 laporan membabitkan kes serius termasuk kematian dalam kalangan penerima vaksin sepanjang tempoh 24 Februari lalu sehingga kelmarin . Katanya, tiada kes kematian dapat dikaitkan secara langsung dengan vaksin Covid-19 yang diberikan sepanjang tempoh pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula sejak 24 Februari…

Read More

Tiada arahan had usia jemaah umrah

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Arab Saudi setakat ini tidak mengeluarkan sebarang arahan yang mengehadkan ibadah umrah hanya untuk jemaah berusia antara 18 hingga 50 tahun saja, demikian menurut laporan BH hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS), Ahmad Ruzman Ahmad Razali, berkata pihaknya sudah berhubung dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang kemudian menafikan dakwaan itu. “Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan berita berhubung penetapan had umur bagi permit umrah itu tidak benar malah pihak di sana terkejut dengan berita itu kerana…

Read More

Austria laksana perintah berkurung

VIENNA: Austria menjadi negara Eropah Barat pertama melaksanakan semula perintah berkurung selepas proses vaksinasi berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara itu. Langkah itu menyaksikan penutupan premis perniagaan bukan kritikal, bar dan kafe selama 10 hari sebagai langkah kawalan mengelak penularan wabak menjelang musim sejuk tidak lama lagi. Di samping itu, pemerintah Austria turut mengumumkan akan mewajibkan rakyatnya mendapatkan vaksin menjelang 1 Februari 2022. Bagaimanapun dasar ini dijangka mendapat tentangan memandangkan majoriti rakyat menyuarakan keraguan terhadap vaksinasi. Pada hujung minggu lalu, sekitar 40,000 penunjuk perasaan mengadakan bantahan di jalan raya utama…

Read More

Kadar kebolehjangkitan kekal 1.00

PUTRAJAYA 23 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught semalam kekal pada kadar 1.00, sama seperti yang direkodkan pada hari sebelumnya. Terengganu menyamai kadar purata kebangsaan itu dengan 1.00 sementara 12 negeri mengatasi  kadar tersebut  didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 1.15 berbanding 1.13 pada hari sebelumnya. Ini diikuti Selangor 1.06, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.05, Pahang 1.05 manakala Johor, Kelantan, Melaka dan Kedah masing-masing 1.04 diikuti Negeri Sembilan 1.02, Perak, Sabah dan Pulau Pinang masing-masing 1.01. Sarawak merekodkan 0.83 manakala Perlis merekodkan 13 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan 10 kes.…

Read More