23,163 laporan kesan sampingan vaksin

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Dewan Rakyat hari ini diberitahu sebanyak 23,163 laporan kes kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) vaksin dilaporkan berbanding 51,842,386 dos vaksin Covid-19 yang diberikan kepada rakyat negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 535 laporan membabitkan kes serius termasuk kematian dalam kalangan penerima vaksin sepanjang tempoh 24 Februari lalu sehingga kelmarin .

Katanya, tiada kes kematian dapat dikaitkan secara langsung dengan vaksin Covid-19 yang diberikan sepanjang tempoh pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula sejak 24 Februari lalu.

“Perkara ini disahkan melalui penilaian kasualti hasil bedah siasat kes kematian dalam kalangan penerima vaksin dalam tempoh sama.

“Semua kes yang dikategorikan sebagai serius termasuk kes kematian akan disiasat dengan menyeluruh dan terperinci oleh fasiliti kesihatan yang berkenaan,” katanya

menjawab soalan R. Sivarasa (PH-Sungai Buloh) di Dewan Rakyat hari ini.

Aaron Ago juga menjelaskan sepanjang tempoh yang sama sistem pelaporanAEFI dan Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mendapati 93.3 peratus kes yang dialporkan membabitkan kes kesan sampingan ringan dan sederhana seperti sakit di tempat suntikan, demam, pening dan keletihan.

Daripada jumlah itu, hanya 1,549 laporan dikategorikan sebagai serius iaitu bersamaan 0.03 laporan bagi setiap 1,000 dos yang diberikan, dan mereka ini dimasukkan ke hospital untuk pemantauan dan rawatan lanjut beberapa hari.

Related posts

Leave a Comment