Kadar kebolehjangkitan kekal 1.00

PUTRAJAYA 23 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught semalam kekal pada kadar 1.00, sama seperti yang direkodkan pada hari sebelumnya.

Terengganu menyamai kadar purata kebangsaan itu dengan 1.00 sementara 12 negeri mengatasi  kadar tersebut  didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 1.15 berbanding 1.13 pada hari sebelumnya.

Ini diikuti Selangor 1.06, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.05, Pahang 1.05 manakala Johor, Kelantan, Melaka dan Kedah masing-masing 1.04 diikuti Negeri Sembilan 1.02, Perak, Sabah dan Pulau Pinang masing-masing 1.01.

Sarawak merekodkan 0.83 manakala Perlis merekodkan 13 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan 10 kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif

Related posts

Leave a Comment