Kes harian Malaysia meningkat

PUTRAJAYA 23 Nov. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini hari ini melepasi angka 5,000 apabila  5,594 kes dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini berbanding 4,885 yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan seramai 2,597,080 individu dijangkiti virus berkenaan setakat ini.

Sebelum ini, pada 21 November, jumlah kes jangkitan yang direkodkan adalah 4,854 berbanding pada hari sebelumnya yang merekodkan 5,859 kes.

Related posts

Leave a Comment