5,126 kes baharu di Thailand

BANGKOK 23 Nov. – Thailand merekodkan 5,126 kes baharu Covid-19 dan 53 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 2,076,135 kes dan 20,489 kematian.

Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 5,022 kes melibatkan orang awam termasuk lapan kes import dan 104 dalam kalangan banduan.

Bangkok merekodkan 765 kes baharu diikuti Songkhla 456, Nakhon Si Thammarat 330, Surat Thani 266, Chiang Mai 197, Pattani 158, Chon Buri 147, Trang 128 dan Samut Prakan masong-masing 28 dan Ubon Ratchathani 115.

Lapan kes import pula adalah dari Sweden (1), Amerika Syarikat (1), Kuwait (1), Bangladesh (1), Belgium (1), Austria (1) dan Kemboja  (2).

Bagi kes kematian, Bangkok merekodkan lima kes di samping wilayah lain termasuk Timur Laut enam kes, di wilayah Selatan sebanyak 22 kes, dan 10 kes di utara.

Sementara itu semalam, sebanyak 7,748 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 1,972,553 kes pulih.

Pada Isnin juga, sebanyak 83,093 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk 1,535 kes kritikal dan 363 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment