Filipina lapor 1,153 kes baharu

MANILA 23 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,153 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,827,820.

Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan peningkatan kes kematian kepada 47,482 orang selepas 195 lagi disahkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Pada masa yang sama, sebanyak 2,182 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,761,617 atau 97.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu jumlah kes aktif berkurangan dengan merekodkan 18,721 berbanding 19,798 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment