1,782 kes baharu Singapura

SINGAPURA 23 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 1,782 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini dengan lima pesakit meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan  Covid-19.

Sebanyak 1,754 kes dalam masyarakat, tujuh kes import dan 21 kes di asrama pekerja asing menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 255,431.

Bagi kes kematian pula, lima orang yang meninggal dunia berusia antara 62 dan 92 tahun menjadikan jumlah keseluruhan 672 orang meninggal dunia.

Semua yang meninggal dunia kecuali satu kes yang belum divaksin, mengalami pelbagai penyakit sedia ada.

Seramai 1,389 pesakit masih dirawat di hospital di mana 205 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 28 dalam keadaan tidak stabil dan dipantau rapi di ICU, 64 sakittenat dan perlu intubasi di ICU.

Sementara itu seramai 1,778 pesakit dibenarkan pulang dengan 304 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Related posts

Leave a Comment