Kes harian Kedah lepasi 1,000 kes

PUTRAJAYA 25 Julai – Kedah akhirnya mencatatkan angka empat digit dengan merekodkan 1,216 kes jangkitan Covid-19, menjadi negeri ketiga melebihi 1,000 kes harian selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Selangor terus menambah jumlah kes dengan 8,500 berbanding 7,351 yang direkodkan semalam sementara Kuala Lumpur yang mencatatkan 2,406 semalam menunjukkan sedikit penurunan iaitu 2,045 kes.

Ini bermakna Selangor dan Kuala Lumpur menyumbang 10,545 kes kepada jumlah keseluruhan kes harian negara hari ini yang melonjak kepada 17,045.

Pada masa yang sama, beberapa negeri lain turut membantu peningkatan kes di peringkat kebangsaan seperti Kedah, Johor, Sabah, Perak dan Pulau Pinang yang merekodkan lebih 500 kes.

Kedah yang merekodkan 867 kes semalam mencatatkan 1,216 kes hari ini diikuti Johor 950 (804), Sabah 818 (712), Perak 609 (469), Pulau Pinang 573 (505), dan Negeri Sembilan 513 (625).

Pahang merekodkan 424 kes berbanding 406 semalam, Sarawak 407 (261), Melaka 370 (631), Terengganu 273 (267), Kelantan 266 (502), Putrajaya 50 (59) dan Labuan 21 (30).

Perlis pula menambah 10 kes berbanding tujuh kes semalam

Related posts

Leave a Comment