45 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 20 Nov. – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 45 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan keseluruhan 29,937 kematian daripada 2.57 juta kes positif Covid-19 yang dikesan.

Menurut data di portal COVIDNOW, tujuh daripada 45 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 68,637 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 54,174 individu atau 78.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 8,268 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,653 kes dirawat di hospital dan 542 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 274 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 268 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment