21 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 18 Nov. – Jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam meningkat kepada 14,399 selepas 21 lagi kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam, kata Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar. Satu kes import, ketibaan dari Jakarta melalui Singapore Airlines direkodkan sementara dua kluster baharu yang berkaitan dengan asrama pekerja dikesan dan melibatkan tujuh kes jangkitan. Menurut Dr. Md.Isham terdapat enam kes baharu bagi empat kluster aktif sedia ada yang merupakan kontak-kontak terdekat bersama beberapa kes positif sebelumnya. Ketika ini terdapat 161 kluster aktif selepas tiga kluster – 6839; …

Read More

88 kes baharu varian Delta

PUTRAJAYA 18 Nov. – Kementerian Kesihatan melaporkan 88 kes baharu membabitkan varian Delta, hasil penjujukan genom yang dijalankan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (FOM-UM) dan UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI-UKM). Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata FOM-UM mengenal pasti 65 kes baharu yang semuanya adalah varian membimbangkan (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2) manakala UMBI-UKM mengenal pasti 23 kes baharu yang semuanya juga varian Delta. Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata sehingga kini, jumlah kumulatif jangkitan virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian mendapat perhatian (VOI) adalah sebanyak…

Read More

1,297 kes baharu di Filipina

MANILA 18 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,297 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu 2,821,753. Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 1,956 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kes pulih 2,752,173 orang. Pada masa yang sama, DoH juga melaporkan 305 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 46,422 orang meninggal dunia. Bagaimanapun DoH menjelaskan, daripada 305 kematian yang dilaporkan, hanya 36 berlaku pada November 2021. Sebanyak 44 peratus daripada kematian yang dilaporkan hari ini berlaku pada Oktober 2021 manakala 35 peratus berlaku pada September 2021 kerana…

Read More

Thailand catat 6,900 kes baharu

BANGKOK 18 Nov. – Sebanyak 6,901 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, meningkat sedikit berbanding 6,524 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,044,125 kes. Jumlah kumulatif kematian pula sebanyak 20,254 termasuk 55 lagi yang dilaporkan meninggal dunia hari ini manakala 7,556 pesakit dilaporkan sembuh semalam menjadikan jumlah keseluruhan pulih 1,933,199. Mengikut rekod, 6,757 kes melibatkan orang awam, termasuk 15 kes import dan 144 melibatkan banduan. Kes kematian melibatkan individu berusia antara 39 dan 99 tahun termasuk dua warga Myanmar dengan Bangkok merekodkan tiga kematian di samping beberapa wilayah lain termasuk…

Read More

Kes harian Malaysia terus meningkat

PUTRAJAYA 18 Nov. – Kes positif Covid-19 dalam negara terus kekal melebihi 6,000 kes apabila merekodkan 6,380 kes, meningkat sedikit berbanding 6,288 yang dilaporkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menyumbang kepada 2,569,533 kes jangkitan di negara ini sejak dikesan pada akhir Januari tahun lalu. Sebelum ini tiga hari berturut-turut jumlah kes harian melebihi 6,000 kes iaitu 6,243 (10 Nov.), 6,323 (11 Nov.) dan 6,517 (12 Nov.) .

Read More

Korea Selatan lapor 3,292 kes

SEOUL 18 Nov. – Korea Selatan melaporkan 3,292 kes baharu Covid-19, ketika negara itu bergerak ke fasa pertama ‘hidup bersama Covid-19’ dengan langkah-langkah sekatan dilonggarkan. Angka pada hari Rabu itu adalah yang tertinggi sejak permulaan pandemik Covid-19 dan daripada jumlah itu, 506 dalam keadaan kritikal. Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) jumlah kes yang meningkat itu diramalkan berlaku oleh pegawai dan pakar setelah sebahagian besar sekatan jarak selamat dilonggarkan pada awal bulan ini. Ini setelah negara itu melepasi sasaran memberi vaksin kepada 70 peratus daripada 52 juta penduduk. Lebih…

Read More

Masjid Merdeka 118 dibina 1 Disember

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Gagasan Nadi Cergas Berhad (Gagasan Nadi Cergas) akan memulakan pembinaan masjid di bangunan pencakar langit Merdeka 118 mulai 1 Disember ini dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Mei 2023. Masjid Merdeka bernilai RM33.9 juta itu yang mempamerkan imej ikonik sesuai identiti keseluruhan Merdeka 118 pula dijangka memenuhi keperluan beribadah dan mampu memuatkan sehingga 3,000 jemaah pada satu-satu masa. Nadi Cergas Sdn Bhd, anak syarikat milik kumpulan Gagasan Nadi Cergas menerima surat pelantikan daripada pemaju Merdeka 118, PNB Ventures Sdn Bhd bagi memulakan pembinaan masjid itu.…

Read More

Kadar kebolehjangkitan turun 1.03

PUTRAJAYA 18 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia turun lagi kepada 1.03 semalam berbanding 1.04 pada hari sebelumnya . E Tujuh negeri mengatasi atau menyamai kadar purata kebangsaan dengan didahului Wilayah Persekutuan Labuan yang merekodkan 1.29. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.12, Negeri Sembilan 1.07, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.09, Selangor 1.06, Kelantan 1.05 dan Pahang 1.03. Negeri-negeri yang merekodkan kadar di bawah purata kebangsaan adalah Kedah 1.01, Johor 1.01, Perak 0.99, Terengganu 0.99, Sabah 0.98, Pulau Pinang 0.95, Melaka 0.95, Perlis 0.91 dan Perak 0.85 Kadar…

Read More

95.5 peratus dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 18 Nov. – Sebanyak 95.5 peratus atau 22,350,755 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan melalui laman COVIDNOW, sejumlah 22,891,163 individu atau 97.8 peratus bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Di samping itu, 24,914,099 individu atau 76.3 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 78.5 peratus atau 25,636,716  telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja, 81.4 peratus atau 2,563,344 individu telah lengkap vaksinasi manakala 87.2 peratus atau 2,745,553…

Read More