21 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 18 Nov. – Jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam meningkat kepada 14,399 selepas 21 lagi kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam, kata Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar.

Satu kes import, ketibaan dari Jakarta melalui Singapore Airlines direkodkan sementara dua kluster baharu yang berkaitan dengan asrama pekerja dikesan dan melibatkan tujuh kes jangkitan.

Menurut Dr. Md.Isham terdapat enam kes baharu bagi empat kluster aktif sedia ada yang merupakan kontak-kontak terdekat bersama beberapa kes positif sebelumnya.

Ketika ini terdapat 161 kluster aktif selepas tiga kluster – 6839;  Trentset Construction  dan Anggerek Desa ditutup selepas tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari.

Beliau juga memaklumkan, tujuh kes baharu masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan.

Manakala 71 kes dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 13,857 kes dengan kes aktif sebanyak 444.

Dr Md Isham berkata, dalam kalangan kes-kes yang sedang ada dalam rawatan sekarang, lima kes adalah dalam Kategori 5 dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif. Kesemua mereka memerlukan bantuan mesin pernafasan.

Dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 4,678 sampel diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada

575,303.

Related posts

Leave a Comment