88 kes baharu varian Delta

PUTRAJAYA 18 Nov. – Kementerian Kesihatan melaporkan 88 kes baharu membabitkan varian Delta, hasil penjujukan genom yang dijalankan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (FOM-UM) dan UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI-UKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata FOM-UM mengenal pasti 65 kes baharu yang semuanya adalah varian membimbangkan (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2) manakala UMBI-UKM mengenal pasti 23 kes baharu yang semuanya juga varian Delta.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata sehingga kini, jumlah kumulatif jangkitan virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian mendapat perhatian (VOI) adalah sebanyak 3,918 kes.

Sebanyak 3,898 daripada jumlah yang dikesan itu adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, hingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 3,658 kes varian Delta; 226 kes varian Beta; dan 14 kes varian Alpha.

Bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta; empat kes varian Kappa; dan tiga kes varian Eta.

Data juga menunjukkan 19 kes dikesan di Selangor; Perak (17); Negeri Sembilan (13); Johor (sembilan); Kelantan (lapan); Kedah (tujuh); Terengganu (enam); Perlis (empat); Kuala Lumpur (tiga) dan dua kes di Melaka.

Negeri tertinggi mencatatkan kes jangkitan VOC dan VOI setakat ini adalah Sarawak, diikuti Selangor 481 kes; Johor 260, Pulau Pinang 239, Sabah 161, Pahang 157, Negeri Sembilan 138, Kuala Lumpur 136, Melaka 97, Kedah 95, Kelantan 86, Perak 80, Terengganu 69, Perlis 33, Labuan 22 dan Putrajaya 14.

Related posts

Leave a Comment