1,297 kes baharu di Filipina

MANILA 18 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,297 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu 2,821,753.

Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 1,956 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kes pulih 2,752,173 orang.

Pada masa yang sama, DoH juga melaporkan 305 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 46,422 orang meninggal dunia.

Bagaimanapun DoH menjelaskan, daripada 305 kematian yang dilaporkan, hanya 36 berlaku pada November 2021.

Sebanyak 44 peratus daripada kematian yang dilaporkan hari ini berlaku pada Oktober 2021 manakala 35 peratus berlaku pada September 2021 kerana lewat pengekodan maklumat kematian.

Sementara itu kes aktif sebanyak 23,158 sedikit berkurangan berbanding 23,846 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment