Thailand catat 6,900 kes baharu

BANGKOK 18 Nov. – Sebanyak 6,901 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, meningkat sedikit berbanding 6,524 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,044,125 kes.

Jumlah kumulatif kematian pula sebanyak 20,254 termasuk 55 lagi yang dilaporkan meninggal dunia hari ini manakala 7,556 pesakit dilaporkan sembuh semalam menjadikan jumlah keseluruhan pulih 1,933,199.

Mengikut rekod, 6,757 kes melibatkan orang awam, termasuk 15 kes import dan 144 melibatkan banduan.

Kes kematian melibatkan individu berusia antara 39 dan 99 tahun termasuk dua warga Myanmar dengan Bangkok merekodkan tiga kematian di samping beberapa wilayah lain termasuk Timur Laut (9), selatan (16) dan utara (12).

Bangkok merekodkan 878 kes baharu diikuti Songkhla 592 dan Nakhon Si Thammarat 365 dan 278 di Chiang Mai.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari Singapura (1), Amerika Syarikat (2), United Kingdom (1), Emiriyah Arab Bersatu (1), Qatar (1), Malaysia (1), Myanmar (2) dan Kemboja (6).

Setakat Rabu, sebanyak 90,672 mendapatkan rawatan di hospital termasuk 1,742 kes serius dan 406 bergantung kepada ventelators.

Related posts

Leave a Comment