95.5 peratus dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 18 Nov. – Sebanyak 95.5 peratus atau 22,350,755 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan melalui laman COVIDNOW, sejumlah 22,891,163 individu atau 97.8 peratus bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Di samping itu, 24,914,099 individu atau 76.3 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 78.5 peratus atau 25,636,716  telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja, 81.4 peratus atau 2,563,344 individu telah lengkap vaksinasi manakala 87.2 peratus atau 2,745,553 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Sebanyak 117,736 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 20,013 suntikan dos lengkap, 6,243 menerima dos pertama dan 91,480 pula mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,591,383.

Related posts

Leave a Comment