Kadar kebolehjangkitan turun 1.03

PUTRAJAYA 18 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia turun lagi kepada 1.03 semalam berbanding 1.04 pada hari sebelumnya . E

Tujuh negeri mengatasi atau menyamai kadar purata kebangsaan dengan didahului Wilayah Persekutuan Labuan yang merekodkan 1.29.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.12, Negeri Sembilan 1.07, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.09, Selangor 1.06, Kelantan 1.05 dan Pahang 1.03.

Negeri-negeri yang merekodkan kadar di bawah purata kebangsaan adalah Kedah 1.01, Johor 1.01, Perak 0.99, Terengganu 0.99, Sabah 0.98, Pulau Pinang 0.95, Melaka 0.95, Perlis 0.91 dan Perak 0.85

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment