Vaksinasi kanak-kanak Australia Januari

MELBOURNE: Australia dijangka memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun bermula Januari tahun depan, kata Menteri Kesihatan, Greg Hunt.

Katanya, pengawal selia perubatan masih menyemak data kesihatan dan keselamatan untuk vaksinasi yang akan diberikan untuk kanak-kanak berumur antara 5 dan 11 tahun.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat bulan ini mengesyorkan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kegunaan meluas dalam kumpulan umur 5 hingga 11 tahun, selepas ia dibenarkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA).

Komander Pasukan Petugas Covid-19 Australia memberitahu, negara itu telah mendapatkan bekalan yang diperlukan.

Pada Jumaat lalu, Australia melepasi 90 peratus suntikan dos tunggal untuk mereka yang berumur 16 tahun ke atas, dengan 83 peratus telah melengkapkan dua dos.

Negara itu juga memberi vaksin kepada 57.7 peratus remaja berumur antara 12 dan 15 tahun.

Kadar vaksinasi yang tinggi di Australia adalah kunci kepada keputusannya untuk membuka semula sebahagian sempadan antarabangsa bulan ini.

Related posts

Leave a Comment