Harimau bintang korban Covid-19

NEW YORK: Tiga ekor harimau bintang salji di Taman Haiwan Kanak-Kanak Lincoln di Nebraska, Amerika Syarikat, maut disebabkan komplikasi akibat Covid-19.

Dalam satu kenyataan di Facebook pada Jumaat, taman haiwan berkenaan pada Jumaat (12 Nov), kehilangan ini sangat menyedihkan.

“Harimau-harimau bintang salji kami, Ranney, Everest dan Makalu, disayangi oleh seluruh masyarakat di luar dan dalam taman haiwan ini,” kata taman itu.

Harimau bintang salji berasal dari kawasan pergunungan di Asia Tengah dan dianggap mudah terjejas, menurut Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Pada bulan lalu, pihak taman haiwan itu menyatakan ketiga-tiga ekor harimau bintang salji itu dan beberapa ekor harimau Sumatra diuji positif Covid-19 setelah mengalami simptom virus tersebut.

Kesemua haiwan itu diberi ubat steroid dan antibiotik bagi mencegah jangkitan susulan.

Dua harimau Sumatra, Axl dan Kumar, sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu.

Menurut Pusat bagi Pencegahan dan Kawalan Penyakit, Covid-19 dikesan dalam sejumlah haiwan mamalia, termasuk singa, mawas, feret dan mink,

Taman haiwan itu masih dibuka kepada pengunjung “dan setiap langkah berjaga-jaga diambil bagi mencegah jangkitan Covid-19 daripada merebak kepada manusia dan haiwan.

“Kami akan terus mematuhi garis panduan CDC dan Persatuan Veterinar Taman Haiwan Amerika Syarikat (AAZV) bagi memastikan keselamatan haiwan, kakitangan dan masyarakat kami,” menurut catatan itu.

Related posts

Leave a Comment