R-naught Malaysia 1.05, Putrajaya 1.20

PUTRAJAYA 14 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia terus menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 1.05 semalam berbanding 1.04  pada hari sebelumnya.

Enam negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.00 di mana Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan kadar tertinggi iaitu 1.20.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.05, Selangor 1.04, Negeri Sembilan 1.03, Pahang 1.01 dan Kelantan 1.00.

Negeri-negeri lain mencatatkan bacaan Rt lebih rendah iaitu Johor 0.98, Melaka 0.97, Perlis 0.97, Sabah 0.97, Kedah 0.96, Pulau Pinang 0.94, Terengganu 0.93, Perak 0.92 dan Sarawak 0.87.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan lapan kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment