Thailand catat 6,904 kes baharu

BANGKOK 9 Nov. – Thailand merekodkan 6,904 kes baharu Covid-19 dan 61 kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,982,495 kes dan 19,764 kematian.

Terdapat 6,646 kes dalam kalangan orang awam termasuk 22 kes import dan 258 orang dalam kalangan banduan.

Kes kematian pula melibatkan individu berusia antara 23 dan 93 tahun termasuk seorang warga Myanmar di mana Bangkok merekodkan tujuh kematian di samping Samut Prakan (5), Pathum Thani (1) dan Samut Sakhon (1).

Bangkok juga merekodkan 813 kes baharu yang tertinggi diikuti wilayah lain.

Kes import pula merekodkan ketibaan dari Rusia(1), Jerman (2), Kazakhstan (3), United Kingdom (2), Emiriyah Arab Bersatu (2), Switzerland (1), Itali (1) Perancis (1), Sri Lanka (1), Kemboja(2), Myanmar (5) dan Malaysia (1).

Pada Isnin, sebanyak 8,024 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 1,865,487 orang.

Sebanyak 97,244 orang mendapatkan rawatan termasuk 1,898 pesakit serius dan 47 bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment