Kadar kebolehjangkitan turun lagi

PUTRAJAYA 7 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia turun lagi kepada 0.91 semalam berbanding 0.92 pada hari sebelumnya.

Sepuluh negeri mencatatkan kadar melebihi purata kebangsaan di mana dua negeri merekodkan kadar tertinggi iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.09 dan Negeri Sembilan 1.00.

Ini diikuti Selangor 0.99, Melaka 0.99, Sabah 0.98, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.98, Pahang 0.97, Perlis 0.96, Kedah 0.95 dan Kelantan 0.92.

Lima negeri lain yang mencatatkan bacaan Rt terendah ialah Sarawak 0.89, Johor 0.89, Pulau Pinang 0.88, Terengganu 0.84 dan Perak 0.83.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 10 kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment