PRN Sarawak : Bersatu sudah terlewat

KUCHING 7 Nov – Tiada ruang untuk Bersatu bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 selepas Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah meletakkan calon di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari setiap parti komponen.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan, sudah tidak ada ruang buat mana-mana parti daripada Semenanjung untuk bertanding dalam PRN kali ini walaupun GPS mesra Kerajaan Persekutuan.

“Jika GPS bertanding disemua 82 kerusi DUN, saya tidak rasa akan ada lagi kerusi yang tinggal untuk sahabat parti kita dari semenanjung walaupun GPS mesra dengan Kerajaan Persekutuan.

“Mereka mesti menghormati perkara ini dan GPS juga telah meletakkan setiap calon daripada setiap komponen parti yang kita ada (PBB, SUPP, PDP dan PRS).

“Kita telah berbincang bersama calon dari setiap komponen parti siapa yang akan bertanding di DUN berkenaan. Mereka (Bersatu) sudah terlambat,” katanya selepas merasmikan flag-off Sarawak Adventure Challenge di Siniawan Bau, hari ini.

Related posts

Leave a Comment