Singapura lapor 3,003 kes

SINGAPURA 4 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,003 kes baharu jangkitan Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 210,978 kes. Menurut MoH, 17 lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah terkumpul mereka yang meninggal dunia seramai 459 orang. Daripada kes baharu itu, sebanyak 2,780 adalah kes dalam kalangan masyarakat, tiga kes import dan 220 kes di asrama pekerja asing. Bagi kes kematian pula, ia melibatkan mereka yang berusia antara 55 dan 93 tahun yang kesemuanya menghidap penyakit sedia ada. Seramai 286 pesakit memerlukan sokongan…

Read More

45 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 4 Nov. – Arab Saudi terus merekodkan kes harian di bawah 50 kes apabila mencatatkan 45 kes baharu hari ini. Angka itu menunjukkan enam hari berturut-turut negara itu merekodkan jumlah kes di bawah 50. Pada masa yang sama satu kematian direkodkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 548,805 dan 8,800 kematian. Sebanyak 32 orang dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan

Read More

7,982 kes, 68 kematian di Thailand

BANGKOK 4 Nov. – Thailand merekodkan 7,982 kes baharu Covid-19, dan 68 kematian hari ini, angka harian yang meningkat berbanding 7,679 kes dan 56 kematian yang direkodkan semalam. Terdapat 7,838 kes melibatkan penduduk awam termasuk 10 kes import dan 144 melibatkan banduan. Kes kematian pula melibatkan individu berusia 32 hingga 93 tahun termasuk seorang warga Myanmar. Bangkok merekodkan 10 kematian di samping enam di wilayah sekitarnya – Samut Prakan (2), Pathum Thani (2), Nakhon Pathom (1) dan Samut Sakhon (1). Sebanyak 25 kematian lagi di Ratchaburi (8), Kanchanaburi (4), Sa…

Read More

Filipina catat 1,766 kes baharu

MANILA 4 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 1,766 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,795,642. Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 2,591 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 2,714,658 kes pulih atau 97.1 peratus daripada keseluruhan kes. Dalam tempoh yang sama, jumlah kematian meningkat kepada 43,825 orang termasuk 239 lagi yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Kes aktif pula sebanyak 37,159 kurang daripada 38,014 yang direkodkan semalam.

Read More

1,047 lagi kes VOC dikesan

PUTRAJAYA 4 Nov. – Sebanyak 1,047 lagi kes varian membimbangkan (VOC) dikesan di seluruh negara, kesemuanya membabitkan varian Delta (B.1.617.2), sepanjang tempoh 29 Oktober lalu hingga hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Sarawak mencatat jumlah tertinggi dengan 790 kes varian, diikuti Pulau Pinang (56) dan Johor (55). Ini diikuti Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing merekodkan 34 kes; Selangor (31); Sabah dan Melaka (masing-masing 16); Kuala Lumpur dan Perlis (masing-masing enam) serta Labuan (tiga). Beliau berkata, kes terbabit dikenal pasti hasil kajian berterusan oleh Institute of Health…

Read More

Hadi, Ibrahim kekal jawatan Pas

KUALA TERENGGANU 4 Nov. – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, dan Timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man, mempertahankan jawatan masing-masing selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti bagi sesi 2021-2023 pada Muktamar Tahunan Ke-67. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, berkata empat calon pula akan bersaing untuk mengisi tiga jawatan Naib Presiden. Mereka adalah penyandang sebelum ini, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah; dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Seorang calon baharu adalah Ahli Jawatankuasa Kerja Pas…

Read More

Peningkatan kes di Malaysia

PUTRAJAYA 4 Nov. – Malaysia merekodkan 5,713 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menunjukkan peningkatan berbanding semalam yang merekodkan 5,291 kes. Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kini sebanyak 2,492,343 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, data COVIDNOW setakat semalam melaporkan sebanyak 46 kes kematian termasuk lapan kes BID.

Read More

Kadar kebolehjangkitan turun 0.94

PUTRAJAYA 4 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia turun lagi kepada 0.94 semalam selepas mencatatkan kadar 0.96 pada 1 November dan 0.95 pada 2 November. Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 1.07. Ini diikuti Negeri Sembilan 1.02, Perlis 1.01, Melaka 1.01, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.01, Selangor 1.00, Sabah 0.99, Kedah 0.99 dan Pahang 0.99. Enam negeri mencatatkan nilai R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu  Kelantan 0.93, Pulau Pinang 0.89, Terengganu 0.89, Sarawak 0.87, Johor 0.87 dan Perak 0.85. Wilayah Persekutuan…

Read More

Singapura lapor 3,635 kes baharu

SINGAPURA 4 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,635 kes baharu jangkitan Covid-19 di Singapura setakat tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 207,975. Menurut MoH, 12 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 442 orang meninggal dunia. Jumlah kes dan kematian harian itu menunjukkan peningkatan berbanding jumlah yang dilaporkan sebelumnya iaitu 3,496 kes dan sembilan kematian. Daripada 3,635 kematian itu, kes dalam masyarakat adalah 3,223, tiga kes import dan 409 kes di asrama pekerja asing. Bagi kes kematian, melibatkan individu berusia 53 – 93…

Read More

WHO beri kelulusan Covaxin

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi kelulusan untuk penggunaan kecemasan bagi vaksin Covaxin, yang disokong kerajaan India. Vaksin Covid-19 itu diluluskan di India pada Januari ketika fasa ketiga ujian klinikal masih dijalankan, sekali gus mencetuskan kebimbangan dan kritikan mengenainya. Pembangun vaksin Bharat Biotech menerbitkan data yang menunjukkan keberkesanan vaksin itu mencecah 78 peratus. WHO dalam tweetnya berkata ia percaya manfaatnya jauh melebihi risiko. Panel pakar WHO yang membenarkan kelulusan kecemasan telah meminta lebih banyak data bulan lalu semasa meneliti permohonan Bharat Biotech yang telah difailkan Julai lepas. Vaksin dua dos…

Read More