Kadar kebolehjangkitan 1.05

PUTRAJAYA 13 Ogos – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught mencatatkan penurunan kepada 1.05 pada 12 Ogos berbanding 1.06 pada hari sebelumnya.

Sepuluh negeri dan wilayah mencatatkan kadar R-naught melebihi purata kebangsaan dengan Perlis sekali lagi mencatatkan kadar tertinggi iaitu 1.33.

Ini diikuti dengan Kelantan dan Sabah yang masing-masing mencatatkan 1.20, Pulau Pinang dan Sarawak 1.17, Kedah dan Perak 1.14, Johor 1.13, Terengganu 1.12 dan Pahang 1.07.

Di bawah purata kebangsaan pula adalah Negeri Sembilan 1.04, Melaka 1.03, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.02, Selangor 1.00, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.95 dan Wilayah Persekutuan Labuan 0.64.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment