Singapura lapor 3,003 kes

SINGAPURA 4 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,003 kes baharu jangkitan Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 210,978 kes.

Menurut MoH, 17 lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah terkumpul mereka yang meninggal dunia seramai 459 orang.

Daripada kes baharu itu, sebanyak 2,780 adalah kes dalam kalangan masyarakat, tiga kes import dan 220 kes di asrama pekerja asing.

Bagi kes kematian pula, ia melibatkan mereka yang berusia antara 55 dan 93 tahun yang kesemuanya menghidap penyakit sedia ada.

Seramai 286 pesakit memerlukan sokongan oksigen di wad biasa, 66 pesakit tidak stabil dan dipantau rapi di ICU, 72 dalam keadaan tenat manakala keseluruhan penggunaan katil di ICU sebanyak 70.2 peratus.

Mengenai program vaksinasi, sebanyak 85 peratus lengkap divaksin dua dos, begitu juga peratusan sama bagi satu dos dan 17 peratus disuntik dos perangsang.

Related posts

Leave a Comment