Singapura lapor 3,635 kes baharu

SINGAPURA 4 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,635 kes baharu jangkitan Covid-19 di Singapura setakat tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 207,975.

Menurut MoH, 12 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 442 orang meninggal dunia.

Jumlah kes dan kematian harian itu menunjukkan peningkatan berbanding jumlah yang dilaporkan sebelumnya iaitu 3,496 kes dan sembilan kematian.

Daripada 3,635 kematian itu, kes dalam masyarakat adalah 3,223, tiga kes import dan 409 kes di asrama pekerja asing.

Bagi kes kematian, melibatkan individu berusia 53 – 93 tahun dan kesemua pesakit mempunyai sejarah pelbagai penyakit.

MoH juga memaklumkan sebanyak 1,665 pesakit dimasukkan ke hospital di mana 293 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 72 kes tidak stabil dan dipantau rapi di ICU dan 69 tenat dan perlu intubasi di ICU.

Sebanyak 3,340 kes dibenarkan pulang dengan 475 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Singapura juga melaporkan 84 peratus lengkap dua dos vaksin manakala 85 peratus menerima satu dos dan 16 peratus sudah disuhtik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment