Kadar kebolehjangkitan naik 0.96

PUTRAJAYA 2 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt di Malaysia terus menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan kadar 0.96 semalam berbanding 0.95 pada hari sebelumnya.

Enam negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan sama atau melebihi purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 1.06 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.01 dan Negeri Sembilan 1.00.

Selangor dan Melaka masing-masing merekodkan 0.98 manakala Kedah menyamai kadar kebangsaan iaitu 0.96.

Sembilan negeri mencatatkan nilai R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Pahang 0.95, Sabah 0.95, Perlis 0.95, Pulau Pinang 0.90, Terengganu 0.90, Kelantan 0.87 dan Sarawak, Perak dan Johor masing-masing 0.86.

Wilayah Persekutuan Labuan tidak merekodkan sebarang kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment