4,306 kes baharu di Thailand

BANGKOK 30 Nov. – Dalam tempoh 24 jam, Thailand merekodkan 4,306 kes baharu  Covid-19 dan 37 kematian, yang kedua-duanya menunjukkan penurunan berbanding semalam yang merekodkan 4,753 kes dan 27 kematian.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Thailand setakat ini adalah 2,115,872 manakala 20,771 orang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 itu.

Jumlah kes harian hari ini melibatkan 4,183 orang awam termasuk lapan kes import manakala 123 kes dalam kalangan banduan penjara.

Semalam 6,407 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 2,019,428 orang.

Sejak 1 April, bermulanya gelombang ketiga pandemik, Thailand merekodkan 2,087,009 kes di mana 1,992,002 sembuh dan 20,677 meninggal dunia.

Dan perangkaan sejak pandemik bermula awal tahun lalu, terdapat 2,115,872 kes dan 2,019,428 pulih dengan jumlah kematian 20,771 orang.

Kes kematian melibatkan individu berumur antara 46 dan 95 tahun termasuk seorang warga Myanmar manakala wilayah Selatan merekodkan 16 kematian meliputi Songkhla (4), Nakhon Si Thammarat (3), Chumphon (2), Pattani (2), Satun (2), Trang (1), Yala (1) dan Ranong (1).

Bangkok merekodkan 740 kes baharu diikuti Nakhon Si Thammarat 307, Songkhla 247, Surat Thani 247, Chon Buri 170, Chiang Mai 167, Samut Prakan 119, Trang 98, Pattani 96 dan Krabi 93.

Lapan kes import pula adalah dari Sepanyol (1), Amerika Syarikat (1), Belgium (3), Rusia (2), dan Myanmar (1).

Sejak pembukaan semula negara itu pada 1 November, sebanyak 128,466 orang tiba melalui udara dan 166 atau 0.13 peratus disahkan positif Covid-19.

Semalam (Isnin), sebanyak 75,673 orang menerima rawatan Covid-19 di hospital termasuk 1,353 pesakit kritikal dan 329 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment